Monday, January 2, 2012

TWIN

Cerita suka duka dan air mata. Me n my other half je la yang tahu apa dalam hati kami masing-masing. Keinginan untuk cahaya mata itu mesti la ada. Tapi Tuhan lagi tahu bila masa yang sesuai untuk kami. N setiap detik dan setiap saat penantian itu memang la penuh dengan drama yang selalunya bertukar bentuk ke AIR MATA.
.: from : daily overview:.
Tahun baru ni datang dengan satu mesej 'salam tahun baru' dan beberapa usaha menolong aku dari beberapa pihak yang prihatin. Alhamdulillah n terharu ada lagi yang masih sayangkan kami dan masih mengingati kami.

Antara usaha-usaha yang selalu menjadi penguat...

Mesej : 'Salam, terbaca metro ni, biodex? Tak cuba? or still makan vitamin apa tu lupa la, yang kita borak2 dulu tu?'
(terima kasih kerana masih mengingatkan aku yang usaha aku masih belum kuat utk aku mendapatkan apa yang aku inginkan)
InsyaAllah, nnt kite follow-up on call k...untuk cerita selanjutnya..

Pesanan dari seorang makcik : 'InsyaAllah, ada la nnt tu. Belum ada lagi keturunan kita yang tak ada anak' (dalam hati aku berkata sendiri, ni semuakan kerja Tuhan)

Emak : 'InsyaAllah, emak selalu doakan' (berkat doa emak AMIN)

Mama : 'Ada, papa kata ada, tapi kene tunggu sket la, kene sabar je)

My other half (pada setiap bulan 'Bendera Jepun' pada awal-awalnya yang selalu diiringi oleh air mata kekecewaan) : Takpe kita cuba lagi ye....InsyaAllah ade nnt tu (dengan penuh sabar, semakin hari semakin sayang)

Macam-macam cerita ni sebenarnye, kalau nak bukak panjang sangat, versi budak-budak tak matang ada, versi dewasa berjurai air mata pun ada, tapi takkan la nak buat korang pun sedih kan kan

Cuma secebis harapan aku kat sini (ala-ala 'Harapan ibu bapa - versi kaji selidik mama untuk parent yang nak hantar anak die kat tabika kemas batu 8, Gombak' hehehehhe jgn marah =D)

Doakan kami jgn putus asa, jangan terlalu stress sgt dengan hal ini, biar happy selalu, sabar dan happy selalu. Tabah dengan semua ujianNya.

InsyaAllah gerak hati ni (dengan perasannya), rasa mcm anak sulong ni boleh dapat kembar la, korang tolong AMIN kan ye AMINNNNNN..=)...

Inspirasi untuk mendapat anak kembar, BOLEH? sumber : Zain's Pix & Text

No comments:

Post a Comment